GAT MANAGEMENT SDN BHD

THE GATEWAY TO THE TOP

Tuesday, February 10, 2015

MATLAMAT SYARIKAT

Gat Management berhasrat menjadi sebuah syarikat yang kukuh lagi diyakini, dihormati dan disegani. Bagi mencapai Visi Korporat, Syarikat kami mempunyai perancangan strategik untuk mencapai wawasan syarikat berteraskan TIGA aspek utama :
1. Kepuasaan Pelanggan (TEKNIKAL)
            Kepuasan pelanggan merupakan kriteria utama piawaian ditetapkan untuk perkhidmatan kami. Kami akan memastikan setiap perkhidmatan diberikan mampu memenuhi spesifikasi dan tahap kepuasan maksimum pelanggan . Ini juga menjurus kepada falsafah kami untuk mewujudkan aliran persefahaman yang baik dengan pelanggan, sekali gus bersama-sama memacu kecemerlangan dengan pelanggan dalam hasil kerja yang dilaksanakan. Kami memastikan segala kelengkapan di dalam Majlis berkualiti Tinggi dan terbaik untuk pelanggan.
2. Keberkesanan dan Kebolehpercayaan (ARTISTIK)
            Faktor ketelusan dan integriti akan menjadi pegangan kami dalam melaksanakan apa jua program dan perundingan dengan pelanggan. Ini bertujuan untuk memelihara kepentingan kedua-dua belah pihak dan paling utama mendapatkan keberkesanan maklum balas dan kebolehpercayaan dari pelanggan untuk jangka masa panjang dengan artis. Pihak Syarikat juga akan memastikan artis yang di jemput mampu memberi kesan yang mendalam kepada kumpulan sasaran dan penonton yang hadir ke Majlis yang akan di laksanakan.
3. Kecekapan dan Kualiti Tinggi (PELAYANAN UMUM)

            Pengurusan kami akan sentiasa memastikan kualiti kerja dan kecekapan pengurusan dalam pelaksanaan kerja memenuhi standard tertinggi . Kami juga akan memastikan hubungan baik antara krew kami berada pada tahap yang baik melayan pelanggan.Sehubungan itu dengan adanya kerjasama yang baik pihak syarikat dapat memenuhi kehendak pelanggan pada tahap yang maksima.

No comments:

Post a Comment